Dunia Fantasi Saya :)
Tuesday, 22 October 2013
Sunday, 4 November 2012
Cerpen:Pengorbanan Seorang Guru
Pada suatu hening pagi,Mysara teringat akan arwah ayahnya yang
meninggal dunia kira-kira dua bulan yang lalu.Ayahnya mewasiatkan sebuah rumah usang.Ayahnya juga menasihatkan dia belajar bersungguh-sunggah sehingga berjaya di dunia dan di akhirat serta menjaga ibunya yang sudah tua.
Tiba-tiba lamunannya terhenti kerana terdengar namanya dipanggil dari arah dapur.''Mysara! Mysara! Mari tolong ibu susunkan kuih-muih ini ke dalam bakul,'' teriak Mak Munah dari dapur.Mastura segera ke dapur untukmenolong ibunya.Selepas itu,kuih-muih itu dihantar ke kedai Pak Mat dan separuh lagi akan dijual oleh ibunya sendiri.
Setelah Mastura selesai menyusunkan kuih-muih itu ke dalam bakul,dia bersalam dengan ibunya, ''Mak,Mysara pergi sekolah dulu ya,'' kata Mysara kepada ibunya.''Baiklah Mysara,jaga diri baik-baik.'' Mysara mengangguk.
Dalam perjalanan ke sekolah,Mysara singgah di kedai Pak Mat untuk meletakkan kuih-muih yang dibuat oleh ibunya pagi tadi.
''Assalamualaikum Pak Mat.''
''Waalaikumussalam.Oh! Mysara,kuih apa yang kamu bawa hari ini?''tanya Pak Mat.''Saya bawa kuih lapis ,'' ujar Mysara.
''Nanti datanglah ambil duitnya lepas balik dari sekolah,'' kata Pak Mat yang usia separuh abad.
''Baiklah Pak Mat,saya pergi sekolah dulu.''
Sampai di sekolah,Mysara terus ke kelas 5 Amanah.Mysara menuju ke tempat ke tempat duduk dan meletakkan beg di atas kerusi.Dia menyapa rakannya Lisa,yang sedang asyik membaca buku.''Hai Lisa,rajinnya awak membaca buku.''.
''Biasalah,apabila kita rajin membaca buku,banyak ilmu yang kita ketauhi,'' terang Lisa ''Oh! Patutlah awak membaca buku setiap hari,'' ujar Mysara.
Beberapa minit kemudian,cikgu Asyura masuk ke kelas untuk mengajar pelajaran Bahasa Malaysia.''Baiklah murid-murid semua,hari ini kita akan belajar membuat karangan mengenai keluarga kamu,'' kata cikgu Asyura memulakan kelas.
Tiba-tiba ada seorang pemuda datang ke kelas 5 Amanah.''Cikgu,ada tak murid bernama Mysara binti Mahmud?'' tanya pemuda itu kepada cikgu Asyura.
Mysara berasa serba salah kerana semua murid berpaling kepadanya.Dia memandang ke arah cikgu Asyura yang sedang bercakap dengan pemuda yang baru muncul tadi.
''Mysara,mari sini.Cikgu harap Mysara dapat bersabar apabila mendengar berita yang cikgu sampaikan ini.Mysara perlu pergi ke hospital sekarang kerana ibu Mysara baru sahaja dimasukkan ke hospital. Cikgu akan ikut Mysara,'' kata cikgu Asyura.
Cikgu Asyura segera memberikan latihan untuk anak-anak muridnya sebelum dia keluar dari kelas.Setelah mendapat persetujuan daripada Guru Besar,cikgu Asyura dan Mysara bergegas ke hospital.
Sampai sahaja di hospital,Mysara segera ke wad untuk melihat keadaan ibunya yang sedang sakit.Tidak lama kemudian muncul seorang doktor dan Mysara terus mendapatkan doktor itu untuk bertanyakan keadaan keadaan ibunya.''Doktor,bagaimana keadaan ibu saya?''Perasaan gelisah timbul di kepala Mysara.
Bersabar dik,ibu adik dalam keadaan stabil.Dia menghidap penyakit buah pinggang yang kritikal dan memerlukan buah pinggang yang baru.Kita harap akan ada pendermanya dalam masa terdekat.Dan buat masa ini,ibu adik perlu banyak berehat,'' kata doktor Lyana.
Sedihnya Mysara mendengar penerangan doktor Lyana itu.Dimanakah dia hendak mencari penderma buah pinggang untuk ibunya?Fikiranya bercelaru.
Sebulan sudah berlalu,Ibunya masih berada di Hospital.Tiba-tiba pada suatu hari Mysara dikejutkan dengan berita yang mengembirakan.Pihak hospital telah menerima buah pinggang untuk ibunya daripada seorang penderma.Mysara bersyukur kepeda Allah dan berdoa mudah-mudahan ibunya sihat serta dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Akhirnya,ibu Mysara selamat dibedah.Dia segera bertanya kepada doktor Lyana,siapakah insan yang sanggup menderma buah pinggang kepada ibunya,tetapi doktor Lyana tidak memberitahu siapakah insan tersebut.Ketika itu juga,datang seorang jururawat menyerahkan sepucuk surat kepada Mysara.Mysara segera membuka surat itu.
Kepada Mysara:
Tentu kamu ingin tahu siapa
yang mendermakan buah
pinggang kepada ibu kamu.
Sebenarnya,cikgulah yang
mendermakan kerana cikgu
ada penyakit barah otak
sejak kecil lagi.Cikgu tahu
ajal cikgu sudah tiba sebab
itulah cikgu hendak berbakti
kepada masyarakat dan
anak murid cikgu,sebelum
meninggalkan alam yang
indah ini.Cikgu harap
Mysara jangan bersedih,
jaga ibu baik-baik serta
jadilah anak dan murid
yang berjaya di dunia
dan di akhirat.
Daripada:Cikgu Asyura~
''Terima kasih cikgu,pengorbanan ini bernilai bagi saya.Semoga rohnya dirahmati Allah S.W.T,'' kata Mysara selepas selesai membaca surat itu.
Penat menaip --> Miezah Mail
Penat menaip --> Miezah Mail
Subscribe to:
Comments (Atom)